Neil Warnock tidak
melihat masalah memperoleh permit kerja sebagai penghalang kepada usaha
membawa pemain Malaysia ke kelab itu bagi menimba pengalaman.
QPR semalam mengaturkan sidang akhbar Neil dengan media Malaysia menerusi persidangan video yang mana dia menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pemberita melalui emel.
Ketika ditanya mengenai penilaiannya terhadap penyerang sensasi kebangsaan, Mohd. Safee Sali, jelasnya: “Safee Sali tanpa perlu diragui ialah David Beckham dari Malaysia, saya fikir semua orang mengenalinya.
“Namun, kesulitan yang dihadapi kini ialah timbulnya masalah permit kerja yang menghalang kami daripada membawa masuk pemain Malaysia bermain di Liga Perdana.
“Bagaimanapun, itu tidak akan menghalang kami daripada menjemput pemain Malaysia ke sini. Saya fikir (Mohd.) Ashaari Shamsuddin juga adalah seorang pemain cukup berbakat di samping beberapa lagi pemain muda yang akan kami dorong mereka terlibat sama.
“Saya juga mengalu-alukan jurulatihnya (Datuk K.) Rajagobal ke sini. Ada baiknya jurulatih, tidak kira dari apa jua peringkat datang belajar sesuatu baru, meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dan memanfaatkan segala yang dipelajari.”
Neil berpendapat, pihaknya juga akan mendapat kebaikan hasil hubungan kerjasama kerana dia percaya Malaysia dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk QPR memperluaskan jenamanya di Asia.
“Saya harap Malaysia juga dapat membantu kami. Kita sedia maklum Liverpool ialah kelab besar di Malaysia, di Asia, jadi tiada alasan kenapa tidak QPR boleh menjadi seistimewa itu,” ujarnya.
Ditanya pandangannya berhubung mutu bola sepak negara kita, Neil menyifatkan Malaysia sebagai negara yang semakin membangun dalam sukan ini.
“Kita dapat lihat dalam dua, tiga kejohanan besar terdahulu, mereka semakin merapatkan jurang dengan pasukan-pasukan kuat di Asia. Pasukan Malaysia ada kemahiran teknik, semakin kuat dari segi fizikal dan secara taktikal tidak kurang hebatnya.
“Saya percaya mereka hanya memerlukan sedikit lagi masa untuk menjadi pasukan disegani. Saya fikir Rajagobal melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna,” ujarnya.
Neil juga mendedahkan QPR ada perancangan membuka akademi bola sepak di Malaysia kelak, berdasarkan hala tuju kelab yang digariskan Tony sendiri.
“Saya tidak meragui rancangan menubuhkan akademi bukan sahaja di QPR atau England malah di Malaysia juga. itu menjadi harapan Tony untuk langkah seterusnya pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
Tambah Neil, dia juga teruja mengenai kemungkinan mengadakan pra-musim di Malaysia, negara yang disifatkannya sebagai tempat yang cantik.
Katanya, dia mendengar banyak perkara menarik daripada timbalannya, Mick Jones yang pernah berkunjung ke negara ini.
“Saya berharap untuk membawa pasukan ke Malaysia bukan saja bertemu orang-orang kenamaan atau untuk bermain, tetapi juga bergaul dengan rakyatnya... itu satu perkara yang menyeronokkan. Saya harap ada peluang untuk berbuat demikian,” jelas Neil.
Neil juga tidak menganggap kedatangan bekas ketua pasukan England, David Beckham sebagai sesuatu yang bukan mustahil selepas apa yang berlaku dalam tempoh dua minggu lalu.
“Jika tiga minggu lalu, saya tidak akan berani pun mendapatkan Joey Barton, Shaun Wright-Phillips. Saya dapat lihat cita-cita besar Tony, dia tidak mahu sekadar berpuas hati dengan pencapaian purata apabila kita ada potensi untuk mencapai puncaknya.
“Apabila saya terbaca (spekulasi Beckham ke QPR) di akhbar, saya tidak terkejut. Dengan ada kesungguhan pengerusi (Tony), ia bukan mustahil,” katanya.
Oleh TAN MING WAI

Neil Warnock berbincang dengan Khairy Jamaludin di London semalam |
Menurut Neil, peluang adalah sentiasa terbuka kepada para pemain dan jurulatih dari Malaysia dengan Tan Sri Tony Fernandes sebagai pengerusi yang pastinya mewujudkan hubungan akrab di antara antara kelab London barat itu dan negara ini.

No comments:
Post a Comment