QPR mahu wujud akademi bola sepak di Malaysia

Neil Warnock membayangkan pembabitan lebih rancak daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam membantu pembangunan bola sepak tempatan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan untuk mewujudkan akademi kelab terbabit di Malaysia seperti dilakukan beberapa kelab ternama EPL di Asia dan seluruh dunia sebelum ini.

“Saya hanya baru bersama Pengerusi QPR, Tan Sri Tony Fernandes untuk beberapa minggu saja, namun apa yang berlaku adalah seperti 'gempa bumi' kerana beliau amat berminat untuk menubuhkan akademi remaja, bukan saja di England malah Malaysia yang mungkin turut membabitkan khidmat jurulatih Inggeris,” katanya.
Malah pengendali berusia 62 tahun itu turut memuji perkembangan skuad Harimau Malaya dalam beberapa kejohanan dengan menyifatkan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal sudah melakukan tugas baik sehingga diperkatakan di seluruh dunia.

“Mungkin selepas ini, beliau boleh datang ke sini dan kami boleh ke Malaysia untuk membantunya dari segi teknik baru, bukan saja dari membabitkan pemakanan malah penggunaan teknologi moden seperti komputer dan sebagainya bagi meningkatkan pengetahuan.

“Tanpa ragu-ragu, pemain Malaysia miliki kemampuan teknikal dan fizikal, hanya masa akan menentukan mereka untuk mara ke tahap lebih tinggi. Ia akan menjadi satu projek sangat menarik kerana pada pandangan kami, sesuatu yang bagus untuk bermula pada tahap sekarang bagi membolehkan kedua-dua pihak pamer peningkatan,” katanya.

Mengenai peluang pemain negara terutamanya Mohd Safee Sali untuk diberikan peluang mencuba nasib di QPR, Warnock berkata peluang itu akan tiba kerana pemain itu seperti David Beckham di Malaysia dan semua tahu kebolehannya.

MyMetro

No comments:

Post a Comment