QPR telah mengumumkan penajaan jersi bernilai jutaan pound dari Malaysia Airlines dan AirAsia.

Berikutan dengan itu, 'Home' Jersi Rangers akan tertera logo Malaysia Airlines untuk dua tahun akan datang manakala AirAsia, yang dimiliki oleh majoriti pemegang saham kelab, Tan Sri Tony Fernandes, akan dilihat pada jersi di tempat lawan dan jersi ketiga kelab.
Wakil dari MAS & AirAsia bersama Philip Beard


Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard memberitahu: "Ini adalah satu usaha yang unik dan menarik untuk kelab bola sepak kerana berjaya menarik dua syarikat-syarikat Asia yang utama untuk menjadi rakan kongsi & bersama-sama mejadikan QPR sebagai jenama global".Beliau menambah: "Kami amat positif tentang membina hubungan yang berkembang maju dengan kedua-dua rakan perniagaan baru ini dalam usaha untuk meluaskan pendedahan kami di Asia Tenggara dan lebih jauh secara am nya.

"Ini adalah tawaran luar biasa untuk kelab seperti QPR dan saya gembira pengurusan baru QPR yang diketuai oleh Tan Sri Tony Fernandes terus membawa berita positif sejak pengambilalihan beliau".


Neil Warnock bersama krew MAS & Air Asia dengan Jersi baru Rangers

QPR,MAS & Air Asia di Loftus Road

Krew dari Air Asia & MAS memperaga jersi baru Rangers..


No comments:

Post a Comment