Rangkuman perlawanan : QPR 3 - 0 Wolves

Aksi Joey BArton menjaringkan gol pertama beliau sebagai ketua pasukan QPR

Dua gol awal dari Joey Barton dan Alejandro Faurlin serta gol separuh masa kedua dari DJ Campbell telah mengesahkan kemenangan bergaya dQueens Park Rangers 3-0 di tempat lawan ke atas Wolverhampton Wanderers di Molineux.



Pasukan didikan jurulatih Mick McCarthy iaitu Wolverhampton,yang sebelum ini memulakan musim liga inggeris dengan kemenangan positif ke atas Blackburn Rovers dan Fulham, di jangka akan kembali ke tahap permainan lama mereka yang sering kehilangan mata selepas dua kekalahan berturut-turut ini.

Mereka gagal menjaringkan sebarang gol selepas permulaan yang menarik di permulaan musim dan setelah perlawanan menentang QPR ini kita dapat lihat betapa ketandusan bahagian serangan mereka semakin meruncing.

Bagi QPR pula ,taktikal yang mejadi selepas persembahan menarik ketika seri tanpa gol menentang Newcastle minggu lalu telah menyuntik semangat pemain yang kebanyakannya baru dibeli selepas dibeli oleh Tan Sri Tony Fernandes baru baru ini.Ternyata keserasian pemain pemain yang seperti sudah lama bermain sama dapat dilihat melalui persembahan malam hujung minggu yg lepas.

Joey Barton,Faurlin & Traore ternyata begitu berkesan pada perlawanan itu.MalahBarton berjaya menjaringkan gol pertamanya selepas berpindah dari Newcastle dan yang lebih menarik lagi ialah gol itu juga adalah gol pertamanya sebagai ketua pasukan QPR.

Ramai juga memuji tahap permainan Faurlin yang dikatakan agak tenggelam selepas pembelian beramai-ramai pemain baru ke QPR.Tetapi persembahan beliau malam itu nyata serasi dengan Wright Philips & Taarabt yang sentiasa mengucar ngacirkan bahagian pertahanan Wolves.Cuma persembahan penyerang utama QPR,Bothroyd yang dilihat masih tercari cari rentak selepas sering melepaskan peluang keemasan yang di jana oleh barisan pemain tengah yang diketuai Barton.

Aksi Taarabt juga tidak dapat di ketepikan selepas menjadi duri dalam daging melalui beberapa usaha beliau yang dilihat kian matang selepas beberapa kali dilihat tidak tamak dalam permainan beliau yang memang dikenali sebagai pemain yang suka bermain sendirian.

Bagi kami,pemain yang paling mencuri tumpuan ialah Armand Traore.Sejak dibeli dari pasukan Arsenal,beliau tampak meyakinkan bermain di bahagian pertahan kiri QPR dan sejak persembahan yang meyakinkan ketika debut beliau menentang Newcastle tempoh hari,beliau sekali lagi berjaya mencuri tumpuan dengan beberapa gerakan menarik dari bawah ke atas dan kebijaksanaan beliau membaca & membuat larian yang begitu berkesan.

Semoga dengan persembahan menarik ini,akan memberi semangat kepada pasukan QPR untuk membuat beberapa kejutan di perlawanan yang akan datang sambil mempertahankan prestasi menarik mereka ini.


Armand Traore berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan Wolves

Faurlin meraikan gol nya di minit ke 10


Kapten pasukan,Joey Barton mengucapkan tahniah kepada Faurlin

Pemain pemain meraikan gol Joey Barton

Wajah serius Neil Warnock

SWP antara tonggak yang paling bernilai buat QPR tempoh hari

SWP ketika cuba melepasi Richard Stearman

Warnock menunjukkan tanda 'bagus' kepada pemain pemainnya.

emosi ketidakpuashatian barton ketika rembatannya tersasar jauh dari pintu gol

Shaun Derry cuba melepasi O'Hara

Mick Mc Carthy sugul memikirkan strategi untuk Wolves

Aksi DJ Campbell meraikan gol di separuh masa kedua

Aksi Joey Barton selepas Dj Campbell menjaringkan gol

Wajah penuh emosi dari Dj Campbell

Bangga : Walaupun dimasukkan di separuh masa kedua,Dj Campbell masih mampu mengubah permainan

Kapten Barton mengucapkan terima kasih kepada penyokong QPR

Baca berita lanjut mengenai perlawanan QPR vs Wolverhampton di sini :

Wolves 0 QPR 3: Joey's up and away as Barton leads Hoops to victory

No comments:

Post a Comment