Tony Fernandes dijangka akan mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris,Queens Park Rangers dalam tempoh 24 jam akan datang dan telah berjanji untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pengurus kelab, Neil Warnock.
Tony dijangka akan menjadi pemegang saham majoriti dan difahami akan membeli lebih kurang 51 peratus kepentingan saham kelab.
Pemilik Air Asia dan Team Lotus Formula One itu telah dilihat hadir di Jalan Loftus (lokasi stadium QPR) semasa kekalahan perlawanan pembukaan liga kepada kelab Bolton tempoh hari tetapi berpendapat: "Saya fikir Neil adalah seorang lelaki yang hebat dan dia dilakukan sangat baik untuk meletakkan QPR di mana mereka berada.
"Dia akan mendapat sokongan penuh saya. Saya fikir pengurus sepatutnya mendapat apa yang pengurus mahu."
Bernie Ecclestone, (pemilik kelab) yang memiliki 66 peratus saham kelab, telah dikatakan mahu menjual saham beliau sejak sekian lama dan mahu perjanjian ini cepat mendapat jalan penyelesaian.
Hartawan,Lakshmi Mittal yang juga pemilik bersama QPR juga mahu meningkatkan 33 peratus saham beliau walaubagaimanapun Fernandes akan tetap mempunyai kawalan keseluruhan.
Perjanjian akan dilaksanakan di Loftus Road pada hari Khamis ini untuk mengumumkan perjanjian pertukaran pemilikan kelab itu kepada Tony Fernandes.
Berita ini juga akan menjadi perangsang yang besar kepada Warnock setelah Fernandes mahu dia menandatangani empat pemain sebelum tarikh perpindahan pemain berakhir.
Apa pendapat anda ? Sila kongsi bersama kami di bawah.
No comments:
Post a Comment